Harini nak share sikit lah pda kaum wanita yg addict gila dgn makeup/alat solek di Malaysia..
Ibu-ibu , kakak-kakak , makcik makcik sekalian...ohh lupa and especially adik².
memang kita tahu sangat orang perempuan ni memang tak lari dari fitrah yang tuhan beri salah satunya suka bersolek.
Tapi kita juga kena lah tahu bahawa barang solek kita ada expired Date nya ya sayang sayang semua...Disini saya share kan sikit lah kesan daripada menggunakan barang makeup yang dah EXPIRED!
1)Alat solek yang digunakan pda bahagian mata kita seperti eyeliner , eyeshadow dan maskara yang terlalu lama disimpan ( dah dibuka tau ) akan menjadi rumah kepada bakteria...Disamping itu , muncul lah penyakit konjungtivitis yang boleh menyebabkan kegatalan pada bahagian mata anda.
2)Di bahagian bibir pula , Lip Liner , Lipstick , Lip Gloss mahupun Lip balm yang dah expired boleh menyebab kan kulit bibir kita kering , gatal dan yang paling teruk sekali TERKOPEK-Kopek!ahhh tidakkkk ....
3)Di sekitar muka seperti Alas Bedak , Bedak Compact dan pemerah pipi boleh menyebabkan kulit Iritasi , Kegatalan dan yang berbahayanya boleh menyebabkan punca Awal Kanser Kulit !
kalau awak syg kulit halus dan mulus tu...awak xboleh dera dia tau...kalau barang tu dah expired tetap saja kena buang...lainlah jenama M.A.C , kumpul enam bekas dpt 1free lipstick baru yang mcm roket tu...hehehhe
Tarikh Luput Barangan Alat Solek :-
1) Bedak Compact dan Eyeshadow - 2tahun
2)Eyeshadow jenis krim - 12 - 18bulan
3)Lipstick dan lip liner - 1-2tahun
4)Berus Mekap - tiada tarikh tamat tempoh tapi kena bersihkan seminggu sekali bagi mengelakkan kuman berjangkit . cuci pakai sabun baby yg carrie junior tu pun boleh...wangi juga.
5)Span makeup / beauty blender - kena tukar sekali seminggu ataupun bila dia dah mula kotor.
6)Maskara - 3-4bulan (ini aku pun sayang nk buang...sobb...sobbb)
7)Eyeliner - 3bulan - 1tahun
so korang dh tahu kan sekarang?jadi kena perbaiki kesilapan dari skrg ok?disini nak nambah nambah lah sikit / share makeup sejemput yg saya ada..bila bila sya akan review best product / bad product untuk korang semua okay? see you soon!
Ni bukan makeup collections sbb sikit je pun...
- bedak compact dr Victoria Jackson
-tester compact powder dr M.A.C
-nude eyeshadow dr Maybelline
-matte lipstick dlm kod SILLY dr M.A.C
-matte lipstick dlm kod CANDY YUM-YUM dr M.A.C
-prolongwear lipstick dr M.A.C
-eyeliner dr Chriszen(black)
-eyeliner dr Catrice(black)
-eyeliner dr Essence(black)
-eyeliner dr M.A.C(brown)
-eyeliner dr M.A.C(black)
-eyebrow dr kedai jepun mana ntah.
-mascara dr Revlon
-mascara dr Sendayu Tinggi
-lipcreme dr F.A.M.E
-foundation dr Mary Kay
-pemerah pipi dr Bourjois
-kabuki brush dr Elianto
-brush lain dr Naked
so sya rasa nak share lagi satu benda.
korang nampak tak macam bentuk penutup tertulis "6M" tu?so itu bermaksud mascara tu boleh bertahan selama 6bulan selepas ia dibuka..so kalau dkt situ tulis "12M" maksudnya 12bulan , kalau "36M" maksudnya 36bulan lah..depend okay...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan